Thursday 7 February 2013

BELI PURE MARINE COLLAGEN

Nak membeli Pure Marine Collagen dengan harga yang murah??

Warna : Ungu
Gred : AAA
Harga : 1 pek/100gm = RM16 (tak termasuk pos)

Warna : Kuning
Gred : AA
Harga : 1pek/100gm = RM12 (tak termasuk pos)


Hubungi saya di 013-8191954 bila-bila masa sahaja...

Kebaikan PMC

        - Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON,
-Peningkatan PAYUDARA
-Anti-bakteria,
-Membuang TOKSIN
-Menghilangkan SEMBELIT
-Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
-MENCANTIKKAN KULIT,
-MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
-Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
-Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
-Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT,
-mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT juga RESDUNG
-Membantu meningkatkan METABOLISME
-Meningkatkan fungsi stomatch
-Membantu menghapuskan nefritis(radang buah pinggang), Arthritis (sendi tulang), basal
-Menguatkan saluran darah, mengurangkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah
badan dan purpura haemorrhagica
-Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
-Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR 
-SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
-Mencegah ANEMIA 
       -Mampu meningkatkan penghasilan susu ibu
-Memperbaiki masalah pengelihatan & batuk
-Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya.
 
Cara penggunaan PMC
 
1. Basuh Kolagen mentah, ramas2 seperti membasuh beras sebanyak 5-6kali.
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman, (paling bagus rendam 2-6 jam aje agar
khasiatnya x berkurangan,tapi agak berbau sikit...)
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong  ke dalam periuk untuk direbus
(kalau nak keras mcm agar2 kurangkan sikit air)
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum ditapis & diletakkan ke dalam bekas, simpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah sisa dr tapisan tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker
Cara Pengambilan :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)

2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah
DOS PENGAMBILAN

-kanak-kanak 2 tahun ke bawah tidak boleh ambil
 
-org bersalin/sedang pantang tidak boleh ambil
 
-org bersalin secara caesarian tidak boleh ambil tapi boleh ambil lepas pantang
 
-kanak-kanak 3 tahun 1 sudu kecil (pagi/malam)
 
- Umur 7-12 tahun ambil 1 sudu besar 2x sehari.
 
- Bagi 12 tahun ke peringkat remaja, boleh ambil 2 – 3 sudu besar 2x sehari. 
 
-Untuk dewasa seperti biasa 3-4 sudu besar 2x sehari.
 
- warga emas 3 sudu besar pagi & malam
 
-ibu menyusu utk memberi tenaga  2 sudu besar pg & mlm
 
-Selamat utk ibu mengandung kerana collagen ini tiada bahan campuran chemical dan pengawet.100% asli.Bagu ibu mengandung 1-3 bulan boleh ambil 1 sudu besar pg dan mlm .Jika tidak yakin sila rujuk ke doktor. . Bagi 4 bulan ke atas boleh ambil dos seperti biasa.Ini untuk memberi tenaga kepada si ibu & mendapatan kulit bayi yang putih.
 
-Jika terlebih dos sila minum air dengan banyak utk mengelakkan kepanasan dalam badan serta berlaku kekeringan di badan.
 
-gred aa dan gred aaa boleh makan sekali (campur) tapi kena minum air yang banyak juga.
 
-Jarak kan masa makan utk mengambil mana2 supplement dan ubat hospital jarakkan antara setengah jam-1 jam sebelum mkn ubat/supplement di wktu pg n dan selepas makan ubt/supplement di waktu mlm
 
-jika ada penyakit kronik (allergic,gout,kanser,darah tinggi/rendah,jantung,buasir,paru2,migraine,kencing manis, sel dalaman mati, kolestrol tinggi,sakit lutut,arthritis,& etc yang related dgn penyakit kronik)
 Utk mereka ada penyakit boleh ambil 1 sudu besar (pagi& malam) secara permulaan
Bila dah serasi boleh ambil 2 sudu besar (pagi & malam) dan tmbah satu lagi dos ke 3 sudu besar pabila sudah betul2 serasi.Produk ini dijadikan sebagai makanan tambahan.
Ia akan memberi kesan healing crisis dan denyutan di bahagian anggota yang sedang sakit bagi pesakit kanser atau sebagainya.
 
 
Cara Membuat Masker :
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci
 
 
air rendaman semalaman rumpair laut ni jgn dibuang ya...
- boleh buat rendam kaki lak utk hilangkan rekahan... pastu baru buang..
- sapu kat kepala, biar kering sebentar, bilas.. utk masalah kelemumur & rambut x berapa nak ada..
- sapu kat kulit tubuh ala2 lulur.. biar kering sekejap then bilas..
 
KAEDAH PENYEDIAAN B
 
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng
6. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais
 
Cara Pengambilan :
 
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - lebih elok dimakan begitu sahaja.
3. Jika masak kolagen tanpa mencampurkan dengan gula batu atau ginseng, boleh juga dijadikan sebagai masker
 
 

PURE MARINE COLLAGEN

Tahukan anda???

RUMPAI LAUT / PURE MARINE COLLAGEN
Species : Euchema Cottoni / Tambalang
Origin : Semporna Sabah
Dryness :  70-75% dried ( export standard)
Grade : AAA
Drying Method : Wind Dry / Pangeringan Menggunakan Angin

KOMPOSIS PEMAKANAN  EUCHEUMA COTTONII
Oleh:
P. Matanjun, S. Mohamed, K. Muhammad & N. M. Mustapha
(University Sains Malaysia, Sabah, University Putra Malaysia, Serdang)
  • Serat Pemakanan
  • Karbohidrat
  • Protein
  • Asid Lemak
  • Garam Elektrolit
  • Garam Mikro
  • Vitamin B Kompleks, A, C, D dll
SERAT PEMAKANAN - 25.05% 
a) Serat Larut - 18.25%  -  Agar, Carrageenan, Sulfated  Xylans dll.
b) Serat Tidak Larut - 6.80% - Cellouse, Mannans.
 
Faedah & Aplikasi
Kebanyakan Serat Terlarut berkesan untuk merendahkan paras  kolesterol  dan paras gula dalam darah, amat sesuai untuk mencegah penyakit jantung . Serat Terlarut juga dilihat sebagai makanan yang mempunyai fungsi baik  bagi mencegah gejala  metabolisma gula, amat berkesan untukmencegah Diabetes.   Manakala  kesan  Serat Tidak Larut  lazimnya mempercepatkan pergerakan saluran penghadaman.
 
 
SERAT PEJAL - 5.91%
Seperti kanji Floridean, Iso-Floridoside, Sorbitol.
Faedah Aplikasi: 
Sorbitol dirujuk sebagai pemanis pemakanan kerana ia memberi tenaga 2.6 kilokalori (11kilojoules /gram). Ia juga bertindak untuk menarik air ke dalam usus besar bagi merangsang pergerakan usus serta pembuangan sisa pepejal.  Amat berguna bagi pembersihan usus , khususnya untuk mencegah perut buncit  dan obesiti.
Pakar perubatan menganggap perut buncit sebagai sarang penyakit! Semua penyakit bermula dari PERUT. Jika tembolok dilayan dengan sepenuhnya, PERUT yang besarnya hanya sebesar PENUMBUK, TIDAK MAMPU MENJALANKAN TUGAS DENGAN SEMPURNA, akibatnya, MAKANAN TIDAK PERNAH CERNA SEPENUHNYA, MALAH AKAN TERPERAP, MEREPUT DAN MEMBUSUK! Hasilnya SEMBELIT, NAFAS BERBAU, PELUH BERBAU DAN dalam jangka masa panjang wujudlah pelbagai penyakit kronik seperti Diabetes, Obesiti, dan kemuncaknya - BARAH!
  • Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300)
  • Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit)
  • 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2
  • Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan PH bernilai 7.6 
  • KEBAIKAN RUMPAI LAUT / PURE MARINE COLLAGEN YANG LAIN
  • -Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON,
    -Peningkatan PAYUDARA
    -Anti-bakteria,
    -Membuang TOKSIN
    -Menghilangkan SEMBELIT
    -Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
    -MENCANTIKKAN KULIT,
    -MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
    -Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
    -Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
    -Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT,
    -mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT juga RESDUNG
    -Membantu meningkatkan METABOLISME
    -Meningkatkan fungsi stomatch
    -Membantu menghapuskan nefritis(radang buah pinggang), Arthritis (sendi tulang), basal
    -Menguatkan saluran darah, mengurangkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah
    badan dan purpura haemorrhagica
    -Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
    -Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR 
    -SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
    -Mencegah ANEMIA 
           -Mampu meningkatkan penghasilan susu ibu
    -Memperbaiki masalah pengelihatan & batuk
    -Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya.
     
    EUCHEUMA COTTONII - Spesis RUMPAI LAUT, samada warna Hijau atau Emas, dari perairan Semporna, SABAH, MALAYSIA, diiktiraf oleh pakar pemakanan sebagai MAKANAN TERBAIK DAN SEIMBANG UNTUK TUBUH MANUSIA!
    Jika Ginseng dianggap sebagai RAJA SEGALA HERBA, maka Rumpai Laut Eucheuma Cottonii,wajar digelar RATU SEGALA MAKANAN!
     
     
     

Monday 4 February 2013

PERLUKAH AMBIL MAKANAN TAMBAHAN??

VITAMIN A, C, E, zat besi, multivitamin dan seumpamanya sentiasa diuar-uarkan kepentingan pengambilannya dalam diet seharian berikutan kepelbagaian nutrien serta memberi kebaikan pada tubuh.
Ditambah dengan gaya hidup yang makin sibuk dan pantas, ramai antara kita terutama wanita mula mementingkan pengambilan vitamin ini atau lebih dikenali sebagai makanan tambahan (supplemen), lalu menjadikannya sebagai satu perkara yang wajib diambil setiap hari.

Secara luarannya, mungkin pengambilan pil makanan tambahan ini dapat membantu menambah nutrien serta mengurangkan simptom membabitkan masalah kesihatan, namun yang menimbulkan persoalan kini adakah ia sebenarnya selamat diambil setiap hari memandangkan hidangan biasa yang dimakan setiap hari sudah cukup dengan pelbagai nutrien?

Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Pakar Kesuburan Pusat Perubatan Sunway, Dr Wong Pak Seng, menjelaskan ia tidak membahayakan dan memberi kesan buruk kepada tubuh selagi diambil mengi­kut jumlah dan keperluan yang betul.

“Ada dua jenis makanan tambahan yang ada di pasaran iaitu yang disarankan doktor dan ubatan tradisional. Apa yang dicadangkan doktor biasanya hanya dalam jumlah kecil dan bertindak bagi meng­gantikan nutrien yang tidak mencukupi.

“Contohnya apabila seorang wanita yang hanya mengamalkan makan sayur dan sumber lain daripada sayur-sayuran itu (vegetarian), mereka lebih terdedah kepada masalah kurang zat besi dalam tubuh dan keadaan akan lebih buruk apabila mereka mengalami aliran haid yang banyak.

“Jadi, kami biasanya meminta wanita ini mengambil multivitamin yang tinggi kandungan besi dan ia hanya perlu diambil apabila tubuh memberi beberapa tanda seperti lesu dan mula murung.

“Bagi wanita yang mula menampakkan tanda menopaus pula kami sarankan mengambil makanan tambahan berasaskan estrogen tumbuh-tumbuhan untuk mengurangkan simptom, perubahan diri dan perasaan serta rasa tidak selesa yang mereka alami.

“Untuk makanan tambahan tradisional pula seperti herba, akar kayu dan jamu, pengambilannya perlu lebih berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan sistem tubuh seakan ‘melawan’ dengan kandungan yang ada di dalam makanan tambahan itu.

“Apabila seseorang wanita mengambil herba setiap hari, jamu misalnya, ia sebenar­nya berupaya memburukkan lagi kesihatan dalaman mereka. Contohnya fibroid, jika wanita kerap mengambil jamu atau makanan tambahan herba yang lain, ia membuatkan fibroid makin membesar dan mengganggu sistem kitaran haid mereka,” katanya.

Tambah Dr Wong, pengambilan makanan tambahan yang banyak di pasaran juga boleh memudaratkan diri jika diambil secara keterlaluan dan membuta tuli.

“Bagi saya, pengambilan makanan tambahan yang banyak dipromosikan di kalangan masyarakat kita ketika ini lebih berteraskan industri dan hanya gimik pemasaran pelbagai aras (MLM).

“Saya juga merasakan ia semata-mata untuk meraih keuntungan atas kebimba­ngan masyarakat yang mula mengambil berat mengenai tahap kesihatan mereka.

“Tidak dinafikan vitamin A, B, D, E dan K semua mampu memberi nutrien tambahan kepada tubuh. Tetapi jika tubuh kita sudah cukup de­ngan segala vitamin itu, tidak perlu kita menambah­nya lagi kerana ia boleh memudaratkan dan memberi kesan sampingan kepada sistem tubuh.

“Vitamin A, D, E dan K sepatutnya dikawal kerana ia larut lemak, di mana ia akan terus berkumpul dalam tubuh. Jadi apabila ia dihimpun dan dikumpul dan jumlah yang sama, jelas sekali ia boleh memberi masalah kepada kesihatan seperti mengganggu saraf, buah pinggang, sakit kepala, tekanan darah yang tinggi, sembelit atau cirit-birit.

“Jika seseorang wanita itu mengandung, anak dalam kandungan berisiko cacat andai mereka mengambil vitamin ini secara berlebihan.

“Ia bagaimanapun sama sekali berbeza dengan vitamin C kerana lebihannya boleh disalurkan menerusi sistem perkumuhan seperti air kencing dan perpeluhan,” katanya.

Justeru, Dr Wong menggesa wanita agar memberi perhatian dalam penjagaan kesihatan secara normal seperti mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam dan menjalani rawatan berkala di klinik atau hospital.

“Secara amnya, setiap wanita mesti sedar dan faham dengan keperluan tubuh mereka. Diet yang seimbang disusuli senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu serta menjauhkan perkara yang memudarat­kan seperti merokok dan minuman keras sudah cukup untuk kesihatan yang baik, jadi tidak perlu mereka bergantung dengan makanan tambahan yang kadangkala tidak diperlukan tubuh.

“Doktor juga menggalakkan wanita menjalani ujian serta pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali setahun. Tidak perlu melakukan ujian A hingga Z, cukup dengan ujian asas seperti darah, air kencing, tekanan darah, payu dara dan Pap smear untuk mengesan simptom kanser pangkal rahim.


“Untuk kanak-kanak dan wanita muda antara usia sembilan hingga 26 tahun,­ kurangkan kekerapan mengambil herba untuk mengatasi masalah kitaran haid yang tidak sekata. Seelok-eloknya mereka jaga pemakanan, kekalkan berat badan ideal dan banyakkan bersenam.

“Jika benar-benar sakit, dapatkan saranan doktor terlebih dulu sebelum me­ngambil apa jua makanan tambahan,” tegasnya.

Sumber :
http://www.hmetro.com.my/articles/Perlukahkitaambilmakanantambahan_/Article

CANTIK

Apa itu cantik?? Cantik pada wajah? Cantik pada tubuh badan? Cantik pada peribadi? Semua orang mempunyai pandangan tersendiri mengenai kecantikan. Cantik sudah pasti tidak asing bagi golongan wanita, malah ada yang sanggup menghabiskan wang yang banyak dalam sebulan demi kecantikan. Hari ini Cantek Shoppe ingin memberikan beberapa definisi cantik mengikut pandangan beberapa buah negara, yang sudah pasti diketahui umum...mempunyai wanita-wanita yang cantik, mulus dan menjadi pujaan.


1. Jepun
Di Jepun, kulit adalah kunci kecantikan. Wanita di Jepun mempunyai kulit lembut & cantik tanpa bekas, terutama di wajah mereka. Hal ini disebabkan kerana wanita Jepun sering mengamalkan makanan dan minuman yang mengandungi kolagen. Di Jepun, kolagen sangat mudah ditemui di mana sahaja, termasuklah pasar raya, bahkan ada juga restoran yang mengediakan makanan yang mengandungi kolagen. Tujuan pengambilan kolagen bagi mereka adalah untuk memastikan kulit mereka tetap halus, kerana kolagen adalah sumber protein utama yang menyusun 75% area kulit dan berfungsi memberikan kekuatan dan kehalusan pada kulit.
Namun begitu, kecantikan kulit sahaja belum lengkap bagi mendefinisikan kecantikan bagi wanita Jepun. Mempunyai rambut yang lurus juga dianggap cantik, maka kerana itu rambut wanita di Jepun lurus-lurus belaka.


2. Taboo
Di Burma dan Thailand, anggota dari suku Kayan memulai ritual kecantikan mereka sejak muda lagi. Semasa berumur 5 tahun, mereka mula memakai gelang berbentuk melingkar di lehernya. Gelang leher tersebut dapat membuatkan leher mereka semakin panjang seiring dengan pertumbuhan mereka. Hal tersebut akan membuatkan leher mereka semakin panjang. Bagi mereka, leher yang panjang dengan gelang yang bersinar adalah tanda kedudukan dan keagungan mereka. Berat gelang tersebut pula boleh mencapai 22 pounds atau kira-kira 10.5kg!


3. India

Wanita di India mengoleskan campuran serbuk kunyit, lemon dan madu ke kulit mereka, terutama pada hari-hari perayaan seperti pernikahan atau acara keluarga. Mereka sering menggunakan perhiasan dan baju yang berwarna terang serta tanda merah di dahi mereka pada saat-saat tertentu. Tanda merah di dahi mereka disebut sebagai kumkum dan mereka menganggap bahawa pemakaian kumkum membuatkan mereka semakin menarik.
Hampir di seluruh dunia tahu bahawa wanita India memiliki kulit dan rambut yang indah, dan hal tersebut telah membantu para wanita di Amerika yang ingin memanjangkan rambut mereka dengan teknik hair clamp. Apa hubungan rambut indah di India dengan para wanita di Amerika? Sekitar 25% rambut palsu di Amerika didatangkan dari hasil pengorbanan wanita-wanita di India. Para wanita di India mengorbankan rambut mereka untuk upacara keagamaan Hindu, dan mereka percaya bahawa dewa mereka sangat suka rambut. Secara automatiknya, kuil-kuil Hindu dipenuhi rambut wanita India. Oleh itu, rambut tersebut dijual ke pasaran dan dapat mengaut keuntungan sebanyak 18juta dolar per tahun!


4. Iran

Bagi wanita di Iran, kecantikan adalah dengan memiliki hidung mancung yang mungil. Para wanita di Iran sangat suka dengan hidung mancung nan indah, kerana para wanita di Iran biasanya memakai pakaian yang menutupi tubuhnya dari hujung rambut hingga kaki, kecuali wajah. Persoalannya, apakah semua orang memiliki hidung yang cantik dan mungil? Jawabnya sudah tentu tidak. Sesungguhnya kebanyakan wanita di Iran memiliki hidung yang besar, dan oleh itu ada yang melakukan pembedahan untuk mencantikkan hidung mereka. Hal yang demikian menjadikan Iran sebuah negara yang mempunyai jumlah pembedahan hidung tebanyak di dunia.


5. Brazil
Brazil adalah negara pengamal pil diet terbesar di dunia, kerana para wanita di Brazil ingin mempunyai tubuh yang langsing. Selain memakan pil diet, para wanita Brazil juga amat menyukai amalan kecergasan dan pembedahan. Seperti wanita Iran yang suka melakukan pembedahan hidung, wanita Brazil juga sering melakukan pembedahan plastik. Pembedahan plastik di Brazil merupakan pembedahan plastik terbanyak di dunia sehingga kebanyakan majalah di Brazil banyak membahaskan tentang pembedahan plastik. Pembedahan dan kecantikan memang sangat penting di Brazil dan anehnya, anda boleh melakukan pembedahan di Brazil dengan kaedah kredit. Jadi tidak hairanlah orang miskin juga boleh melakukan pembedahan plastik di Brazil.


6. Indonesia
Rahsia kecantikan di Indonesia adalah langsing. Di Indonesia terdapat kaedah melangsingkan badan selepas hamil dengan memakai bengkung. Bengkung dililitkan di tubuh untuk menekan perut dan pinggang yang besar setelah hamil. Menggunakan bengkung membuatkan pengguna merasa sedikit skit kerana tekanan yang diberikan bengkung cukup keras. Namun hasilnya pasti memuaskan!


Kecantikan adalah berbeza bagi setiap individu. Namun perlu diingat bahawa itu semua adalah kuasa Yang Maha Mencipta. Bersyukur dengan apa yang ada. Namun pengambilan makanan dan pemakanan tambahan yang betul dan teratur dapat menaikkan seri dan kecantikan dari dalam diri.

Apa pun, semuanya bergantung kepada diri sendiri untuk kelihatan cantik dan merasakan diri mereka cantik. Wanita dicipta dengan kecantikan, maka wanita perlu bijak menampilkan kecantikan mereka.

Sekian...

Sumber :
http://www.seasite.niu.edu/flin/definisi_kecantikan.htm