Monday 4 February 2013

CANTIK

Apa itu cantik?? Cantik pada wajah? Cantik pada tubuh badan? Cantik pada peribadi? Semua orang mempunyai pandangan tersendiri mengenai kecantikan. Cantik sudah pasti tidak asing bagi golongan wanita, malah ada yang sanggup menghabiskan wang yang banyak dalam sebulan demi kecantikan. Hari ini Cantek Shoppe ingin memberikan beberapa definisi cantik mengikut pandangan beberapa buah negara, yang sudah pasti diketahui umum...mempunyai wanita-wanita yang cantik, mulus dan menjadi pujaan.


1. Jepun
Di Jepun, kulit adalah kunci kecantikan. Wanita di Jepun mempunyai kulit lembut & cantik tanpa bekas, terutama di wajah mereka. Hal ini disebabkan kerana wanita Jepun sering mengamalkan makanan dan minuman yang mengandungi kolagen. Di Jepun, kolagen sangat mudah ditemui di mana sahaja, termasuklah pasar raya, bahkan ada juga restoran yang mengediakan makanan yang mengandungi kolagen. Tujuan pengambilan kolagen bagi mereka adalah untuk memastikan kulit mereka tetap halus, kerana kolagen adalah sumber protein utama yang menyusun 75% area kulit dan berfungsi memberikan kekuatan dan kehalusan pada kulit.
Namun begitu, kecantikan kulit sahaja belum lengkap bagi mendefinisikan kecantikan bagi wanita Jepun. Mempunyai rambut yang lurus juga dianggap cantik, maka kerana itu rambut wanita di Jepun lurus-lurus belaka.


2. Taboo
Di Burma dan Thailand, anggota dari suku Kayan memulai ritual kecantikan mereka sejak muda lagi. Semasa berumur 5 tahun, mereka mula memakai gelang berbentuk melingkar di lehernya. Gelang leher tersebut dapat membuatkan leher mereka semakin panjang seiring dengan pertumbuhan mereka. Hal tersebut akan membuatkan leher mereka semakin panjang. Bagi mereka, leher yang panjang dengan gelang yang bersinar adalah tanda kedudukan dan keagungan mereka. Berat gelang tersebut pula boleh mencapai 22 pounds atau kira-kira 10.5kg!


3. India

Wanita di India mengoleskan campuran serbuk kunyit, lemon dan madu ke kulit mereka, terutama pada hari-hari perayaan seperti pernikahan atau acara keluarga. Mereka sering menggunakan perhiasan dan baju yang berwarna terang serta tanda merah di dahi mereka pada saat-saat tertentu. Tanda merah di dahi mereka disebut sebagai kumkum dan mereka menganggap bahawa pemakaian kumkum membuatkan mereka semakin menarik.
Hampir di seluruh dunia tahu bahawa wanita India memiliki kulit dan rambut yang indah, dan hal tersebut telah membantu para wanita di Amerika yang ingin memanjangkan rambut mereka dengan teknik hair clamp. Apa hubungan rambut indah di India dengan para wanita di Amerika? Sekitar 25% rambut palsu di Amerika didatangkan dari hasil pengorbanan wanita-wanita di India. Para wanita di India mengorbankan rambut mereka untuk upacara keagamaan Hindu, dan mereka percaya bahawa dewa mereka sangat suka rambut. Secara automatiknya, kuil-kuil Hindu dipenuhi rambut wanita India. Oleh itu, rambut tersebut dijual ke pasaran dan dapat mengaut keuntungan sebanyak 18juta dolar per tahun!


4. Iran

Bagi wanita di Iran, kecantikan adalah dengan memiliki hidung mancung yang mungil. Para wanita di Iran sangat suka dengan hidung mancung nan indah, kerana para wanita di Iran biasanya memakai pakaian yang menutupi tubuhnya dari hujung rambut hingga kaki, kecuali wajah. Persoalannya, apakah semua orang memiliki hidung yang cantik dan mungil? Jawabnya sudah tentu tidak. Sesungguhnya kebanyakan wanita di Iran memiliki hidung yang besar, dan oleh itu ada yang melakukan pembedahan untuk mencantikkan hidung mereka. Hal yang demikian menjadikan Iran sebuah negara yang mempunyai jumlah pembedahan hidung tebanyak di dunia.


5. Brazil
Brazil adalah negara pengamal pil diet terbesar di dunia, kerana para wanita di Brazil ingin mempunyai tubuh yang langsing. Selain memakan pil diet, para wanita Brazil juga amat menyukai amalan kecergasan dan pembedahan. Seperti wanita Iran yang suka melakukan pembedahan hidung, wanita Brazil juga sering melakukan pembedahan plastik. Pembedahan plastik di Brazil merupakan pembedahan plastik terbanyak di dunia sehingga kebanyakan majalah di Brazil banyak membahaskan tentang pembedahan plastik. Pembedahan dan kecantikan memang sangat penting di Brazil dan anehnya, anda boleh melakukan pembedahan di Brazil dengan kaedah kredit. Jadi tidak hairanlah orang miskin juga boleh melakukan pembedahan plastik di Brazil.


6. Indonesia
Rahsia kecantikan di Indonesia adalah langsing. Di Indonesia terdapat kaedah melangsingkan badan selepas hamil dengan memakai bengkung. Bengkung dililitkan di tubuh untuk menekan perut dan pinggang yang besar setelah hamil. Menggunakan bengkung membuatkan pengguna merasa sedikit skit kerana tekanan yang diberikan bengkung cukup keras. Namun hasilnya pasti memuaskan!


Kecantikan adalah berbeza bagi setiap individu. Namun perlu diingat bahawa itu semua adalah kuasa Yang Maha Mencipta. Bersyukur dengan apa yang ada. Namun pengambilan makanan dan pemakanan tambahan yang betul dan teratur dapat menaikkan seri dan kecantikan dari dalam diri.

Apa pun, semuanya bergantung kepada diri sendiri untuk kelihatan cantik dan merasakan diri mereka cantik. Wanita dicipta dengan kecantikan, maka wanita perlu bijak menampilkan kecantikan mereka.

Sekian...

Sumber :
http://www.seasite.niu.edu/flin/definisi_kecantikan.htm

No comments:

Post a Comment